-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100713

KUANTAN. Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak ini terletak kira-kira 6 km dari bandar Kuantan, Pahang, Malaysia. Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulan asal nama pantai cempedak.

Cerita pasal buahnya pula, isi buah cempedak (jackfrut) ini boleh terus dimakan atau juga boleh digoreng sebelum makan. Masyarakat Banjar, Kalimantan Selatan Indonesia pula telah memproses kulit cempedak ini sebelum digoreng. Daunnya juga boleh di buat sayur. Bijinya pula boleh dimakan secara rebus, goreng atau dibuat gulai. Ada juga yang menggunakan akan cempedak ini untuk wanita dalam pantang. Cempedak juga bagun untuk mata kerana mempunyai kandungan vitamin a yang tinggi.
04
Di Pantai Teluk Cempedak pasangan-pasangan yang sedang bercinta boleh bincang tentang hala tuju masing-masing.
03
Di Pantai Teluk Cempedak juga pasangan boleh berbincang tentang projek-projek yang bakal dijalankan untuk masa depan.
03
Di Pantai Teluk Cempedak juga kita boleh tenangkan fikiran sambil mendengar deruman ombak yang tidak jemu-jemu menghempaskan dirinya ke pandai. Sementara sang pantai pula setia menahan hentakan padu oleh sang pantai ke bibir pantainya yang sentiasa lembap, basah, berair dan berangin.
02
Di Pantai Teluk Cempedak juga ada pasangan boleh membuat keputusan yang tidak disukai oleh pasangan masing-masing. Disebabkan desiran angin pantai yang sejuk dan nyaman mungkin kurang perasan marah.
01
Di Pantai Teluk Cempedak pasangan yang baru bercinta atau yang telah lama bercinta boleh membina cinta baru. Jika abang menjadi ombak, adik sudi menjadi pantainya.

Rujukan:
1. http://www.anneahira.com/buah-buahan/cempedak.htm
2. http://photo-telukchempedak.blogspot.com/ [Teluk Chempedak – 13th April 2006]
3. http://latiptalib.blogspot.com/2005/05/telok-cempedak.html

No comments: