-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101105

Siapa Dato Bahaman (7) Tokoh 5: Mocktar Baginda

Haji Mokhtar Baginda adalah Bekas Setiausaha Akhbar Dato Najib semasa menjadi Menteri Besar Pahang. Tentu saya akan mendengar suatu yang menarik daripada seorang bekas setiausaha akhbar Menteri Besar Pahang.

Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau bercerita tentang pengalaman beliau memulakan usaha kearah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989.

Rupanya Haji Mokhtar Baginda adalah orang yang sama dalam cerita "MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR ". Abdullah C.D yang menjadi Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM telah menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Perang Anti-British dan Perdamaian' ada menyatakan peranan terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai Haji Mokhtar Baginda sebagai perintis perjanjian damai ini.
04
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Kali ini saya berpeluang mendengar sendiri daripada Haji Mokhtar Baginda. Mungkin tidak ketara rasa terkilan pada diri Haji Mokhtar Baginda apabila namanya tidak muncul dalam sejarah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hotel Gardens Haadyai pada 1989.
03
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Berbalik semula kepada cerita Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Cerita Haji Mokhtar Baginda lagi, beliau ada berjumpa dengan satu keturunan di Thailand yang berasal dari keturunan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dirumah-rumah keturunan tersebut ada gambar Mr. Bahaman. Haji Mokhtar Baginda yakin ini adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Setelah Dato Bahaman melarikan diri ke Siam, beliau terus menetap disana. Bekerja sebagai penangkap gajah untuk raja Siam juga berkahwin dengan orang Siam.
02
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Bahaman akhirnya meninggal dunia di Siam. Dibakar menurut adat istiadat hindu. Sampai takat 'dibakar menurut istiadat hindu' saya terus tergaman kerana tidak pernah mendengar cerita ini. Sebagai kesimpulannya sudah tentu Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

LINKS
1. http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/08/wira-yang-terpinggir.html
2. http://wanangsari.blogspot.com/2009/08/mokhtar-baginda-wira-negara-yang.html
3. http://lanailestari.blogspot.com/2009/06/tun-ghaffar-bersedia-terima-pkm.html
4. http://thekedaihitamputih.blogspot.com/2010/08/buku-sejarah-dan-perjuangan-kemerdekaan.html (Penulis: Abu Samah Mohd Kassim)

No comments: