-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110616

Aminuddin Sulaiman Jurulatih Basikal Pahang

"The Pahang cycling team caused a pre-Malaysia Games shock when they were found to be camping out at the Kuala Lumpur Velodrome to prepare for the meet as there wasn't a budget allocated for them to cover costs.

Having already missed two national-level competitions due to the same reason, the team took matters into their own hands and pitched tents at the velodrome's carpark."


Inilah laporan berita NSTP oleh Arnaz M. Khairul. Petika ini diambil dari Blog My Vision - To Produce Champions oleh Fairoz Izni Abd. Ghani [fairozizni.blogspot.com]

Beginilah susahnya En. Aminuddin Sulaiman jurulatih Pasukan Lumba Basikal Pahang untuk menghasilkan juara yang boleh menghasilkan pingat emas untuk Negeri Pahang.

Dalam amat kekurangan peruntukan dan tiadanya sokongan beliau tetap berusaha untuk melatih pelumba. Bukan senang untuk 'menyimpan' pelumba jika peruntukan untuk latihan amat susah untuk diperolehi. Pelumba akan dengan mudah beralih 'angin' ke perkara lain atau ke tempat lain.

Mungkin perkara-perkara yang seumpama ini adalah antara punca Pahang kekurangan pelumba kelahiran Pahang. Budak-budak tidak dapat bertahan lama kerana latihan yang lasak yang melibatkan kayuhan sampai 100km. Ibu bapa tidak memberikan sokongan kerana tidak pasti dengan masa depan anak-anak mereka selepas tamat tanggungjawab sebagai pelumba negeri.

Mudah kata, bukan senang hendak mendapatkan sokongan padu dan kerjasama dari pihak atasan dan bawahan. Bukan dalam sukan lumba basikal sahaja dalam banyak. Kalau ada sokongan padu dan kerjasama mungkin kita tidak akan dijajah oleh penjajah.

Kadang-kadang kita lebih mudah mendapat 'hentaman padu' daripada sokongan pada. Lebih banyak kerjasama 'menghentam' kita daripada kerjasama menyokong kita.

Dari sudut lain, inilah cabaran yang perlu kita hadapi untuk menjadikan kita lebih matang supaya kita tidak lagi jatuh terlentang pada masa depan.

Kalau kita sabar dan banyak-banyak sabar tentu perkara sebegini akan berubah. Harap-harap juga tiada sesiapa yang terluka dengan tulisan ini.

"Team manager Mohd Asri Abdul Mubin, who with coach Aminudin Sulaiman, are camping out with the team, said: "We are not blaming anybody for this, nor are we angry at anybody. I'm here with the coach simply because under these circumstances, we just had to listen to the riders.

"The team received four new track bicycles worth RM5,000 each for them to compete in the Malaysia Games, but there wasn't a budget allocated for them to come and train at the velodrome."



Betul juga kata Pengurus pasukan Pahang Mohd Asri Abdul Mubin, keadah berkhemah ini bukanlah bertujuan untuk menyebabkan sesiapa marah. Keadah ini adalah antara usaha kreatif pengurus dan jurulatih untuk menyokong niat pelumba Pahang (Ahmad Azhar Arshad, Mohd Saifullah Jamal Alias, Mohd Faris Affendy, Mohd Faris Jamlus, Mohd Safrizal Syamsul Kamal, Mohd Fahmi Farhan Fuad and Mohd Yazrul Hisham, Mohd Aim Mohd Fauzi and Ahmad Fakhrullah Alias).

Jika mereka berlatih dan berlatih sahaja tanpa menyertai mana-mana perlumbaan tentu akan melemahkan semangat mereka untuk berlatih. Jika perlumbaan yang disertai tidak menghasilkan 'Nombor 1', maknanya mereka tahu mereka perlu berlatih lebih bijak lagi.

Susah untuk menghasilkan juara. Lebih susah untuk mencari, memilih, melatih dan mengekalkan semangat untuk menjadi juara. Lebih lebih susah untuk mencari jurulatih dan pengurus untuk melatih juara. Lebih lebih lebih lagi susah untuk mendapat sokongan padu bagi menghasilkan juara.

No comments: