-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120315

Cerita 5: Mengelak retak menjadi belah

Ditanah adat pepatih itu, sinakhoda telah membuka dagangan dari atas kapal yang dibawanya.

Beberapa lama kemudiannya duduk dalam negeri tersebut, berkenanlah akan dia kepada kerabat siluak undang tempat dia berdagang, hendak diperisterikan.

Dalam masa yang sama juga, seorang pendekar (kerabat) juga berminat kepada sikerabat luak undang tersebut.maka terjadilah perselisihan antara keduanya.untuk sekian lamanya perselisihan itu (mereka ini tidak bergaduh tetapi hanya menunjuk akan kehebatan mereka diantara satu sama lain sahaja), suatu hari yang meleraikan kisah perselisihan mereka, bunyinya begini:

Pada masa itu laluan utama adalah sungai, yang menjadi jalan perhubungan utama. Inilah laluan sinakhoda membawa dagangannya diantara satu tempat kesatu tempat. Sipendekar mengetahui yang sinakhoda pasti akan melalui sungai tersebut pada hari itu(pada masa zaman kejadian), maka dia telah menyekat laluan dengan melintangkan batu yang besar ditengah sungai tanpa membolehkan perahu sinakhoda melintasi nya. Apabila sinakhoda kembali dari berdagang untuk pulang kerumahnya, dilihatnya akan batu penghalang ditengah sungai tersebut. Tahulah dia ini pekerjaan sipendekar, lalu sinakhoda pun turun dari perahunya dan menolak batu besar itu ketepi sehingga membolehkan perahunya melalui (melintasi) batu itu, selepas dapat melepasi batu tersebut sinakhoda sekali lagi menolak batu besar tersebut ketengah sungai seperti yang diletakkan oleh sipendekar sebelumnya dan terus berlalu dari situ untuk pulang kerumahnya.

Sipendekar, apabila dilihatnya sinakhoda selamat sampai kerumahnya bersama-sama barang dagangannya, maka dia dengan segera pergi melihat akan batu yang diletakkan ditengah sungai bagi menghalang laluan sinakhoda, tetapi didapati yang batu itu masih berada ditengah sungai seperti sebelumnya dan tahulah akan dia yang sinakhoda itu mempunyai ilmu dan kehebatan yang melebihi dari dirinya sendiri. Jadinya sipendekar pun berundur dari merebut sikerabat luak undang.

Maka dapatlah sinakhoda berkhawin dengan sikerabat luak undang itu dan bagi mengelak dari kejadian yang tidak disangka dan yang jernih menjadi keroh, dari keroh bertukar geroh, sinakhoda telah membawa isterinya berralih ketempat lain dan mereka bermukim di Pahang.

No comments: