-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20121219

Header Laman Pahang 18.12.2012


Bertukarnya header Laman Pahang ini bermakna kami telah jumpa sesuatu yang baru. Sesuatu yang perlu digaulkan dalam kehidupan masyarakat kita. Banyak bahan yang telah dijadualkan untuk terbit berdasarkan kefahaman lama kami terhadap permasalahan kita. Dengan izin Allah SWT kefahaman kami telah bertambah. Mungkin inilah harapan kita untuk tahun 2013.

Fokus tahun 2012 sebelum ini adalah kepada perkara
KETUHANAN, KEILMUAN DAN KETURUNAN.

Fokus 2013 adalah gabungan dua perkara lagi iaitu Kemasyarakatan dan Keperabadian.

Kini kami akan memberikan tumpuan kepada:
KETUHANAN
KEILMUAN
KETURUNAN
KEMASYARAKATAN
KEPERABADIAN

Untuk menyusun ketuhanan, keilmuan, keturunan, kemasyarakatan dan keperibadian, perlu ditunjangkan dan tidak boleh lari dari perkara berikut:
1. Siapa tuhan kita
2. Siapa nabi kita
3. Apa ikutan/agama dan imam kita
4. Siapa saudara kita

Sesungguhnya pencarian kami ini sebenarnya lebih kepada untuk kami sendiri. Dimasukkan dalam Blog Laman Pahang ini supaya kami boleh belajar dari sahabat-sahabat yang berada di tempat-tempat yang jauh.

Semoga maklumat yang diterbitkan dapat menghimpunkan apakah makna takwa supaya dapat menjadi pegangan dan amalan setiap masa.

Maka kita akan bertemu
dengan sesuatu
yang
Senang tetapi susah
atau
Susah tetapi senang
Senang nak memahaminya
tetapi susah nak dijadikan amalan.
Atau,
Senang nak diamalkan
tetapi susah untuk memahaminya.
Atau,
Senang nak memahaminya dan
Senang nak amalkannya
tetapi
Susah nak mendapatkannya.
Yang penting
Senang dan susah adalah bersebab
Semuanya ada rahmat oleh Allah SWT

No comments: