-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130506

L6 SEBAB-SEBAB TIMBULNYA TAKABBUR

*SEBAB-SEBAB TIMBULNYA TAKABBUR@ BANGGA DIRI(ujub) [IHYA’ULUMUDDIN oleh imam al-ghazali]
1.Takabbur kerana keturunan
2.Takabbur kerana kecantikan
3.Takabbur kerana kekuatan
4.Takabbur kerana kekayaan
5.Takabbur kerana banyak wang
6.Takabbur kerana ilmu
7.Takabbur kerana wara’ dan banyak ibadat

Ketahuilah, bahawanya sifat takabbur itu termasuk sifat yang membinasakan. Oleh itu menghapuskan sifat takabbur itu terkira fardhu AIN. Ia tidak akan terhapus dengan semata-mata berangan-angan sahaja, malah dapat mengubat diri dari sifat takabbur pula dengan berubat.
Mengubati Penyakit takabbur ini mestilah menerusi teori ilmiah dan teori amaliah; iaitu dengan @ hendaklah dia mengenal dirinya supaya dia mengenal tuhan nya, kerana sifat itu bukan sifat bagi bani adam atau makhluk  yang lain. Sifat takabbur itu adalah sebahagian sifat dari sifat bagi zat mutlak allah.

Sifat takabbur itu tidak sepatutnya ada walaupun secebis kumanpun dalam diri manusia@ bani adam, kerana kalau ada, mereka itu samalah tarafnya dengan iblis yang dilaknat allah.[ dengan memahami dan mendalami al quran serta sunnah nabi ,,,rujuk kisah perintah allah, supaya iblis memberi penghormatan kepada nabi adam].

Sifat takabbur itu ada dua;
1.Takabbur batin; iaitu perkerti diri yang digerakkan oleh  hati
2.Takabbur lahir@zahir; iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh badan.

Maksud dari firman allah swt:
“celakalah manusia, alangkah ingkarnya ia! Dari apa ia diciptakannya? Dari setitis air mani dia menciptakannya, lalu dia menentukan bentuknya. Kemudian dia memudahkan baginya jalan. Kemudian dia mematikannya lalu dikuburkannya. Kemudian apabila dia kehendaki dia bangkitkannya.” [abasa;17-22]

Sabda rasulullah sawdari hadis qudsi[maksud darinya]
Berfirman allah swt:“Sifat kesombongan itu kain selendangku dan sifat kebesaran itu kain sarungku. Maka barang siapa merampas dariku salah satu dari keduanya, nescaya kulemparkan dia kedalam neraka jahannam dan tidak akan kupedulikannya lagi.”

Berkata ibnu mas’ud: kebinasaan itu berlaku dalam dua perkara; putus asa dan bangga diri@ujub.

Maksud dari Sabda rasulullah saw:
“tiga perkara akan membinasakan (diri manusia); iaitu kikir yang diikutkan, hawanafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri.”

Ketahuilah, bahawanya akhlak ini sama seperti akhlak-akhlak yang lain mempunyai dua penghujung dan pertengahan.
Penghujung yang condong kedarjat berlebih-lebihan dinamakan takabbur dan penghujung yang condong ke darjat mengurang-ngurangkan dinamakan kehinaan. Sifat pertengahan antara keduanya pula dinamakan tawadhu atau merendah diri.

No comments: