-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140610

Sajak: Naga dan Bunian

Sajak: Naga dan Bunian
(oleh humairaadawiyah)

NAGA

Dan tentang naga...
dalam mimpi itu,

aku tenggelam di dalam tasik atau laut,
yang dekat dasar laut itu ada naga,
naga yang telah lama berehat.

Dia sedang berlingkar tidur dekat situ

Naga tersebut
menyapa aku,
katanya

"bukankah aku telah memperingati kamu,
kamu akan cedera jika bergaul dengan mereka"

Badan aku lemah,

jadi aku hanya berdiam
dan tidak dapat bergerak,

arus laut itu membawa
aku mendekati ular naga laut,
tapi tiada rasa takut,
macam sudah kenal lama.

BUNIAN

Bunian sahabat moyang aku tu,
bunian itu seperti manusia biasa,
bukan kecil, lelaki dan perempuan.

Cuma pergerakkan mereka
sedikit berbeza.
Sekelip mata dihadapan kita,
kemudiannya tiba2
mereka ada dihujung
ditempat yang lain pula.

Ada yang harimau,
tapi
moyang sudah beritahu mereka,
katanya
cukuplah setakat dia,
bukan pada anak cucu.

Tapi mungkin
mereka ada melawat juga
cuma tak sedar.

Dulu ada jin yang ikut aku
waktu sekolah menengah

1 comment:

Anonymous said...

maaf, saya tersilap cerita.
bunian itu seperti manusia biasa, bukan kecil, lelaki dan perempuan. Cuma pergerakkan mereka sedikit berbeza. Sekelip mata dihadapan kita, kemudiannya tiba2 mereka ada dihujung/ditempat yang lain pula.

-humairaadawiyah-