-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150824

Pertandingan Memancing Pantai Pelindung, Kuantan, Pahang. (2)

Tarikh: 16hb Ogos 2015
Tempat: Pantai Pelindung
 Ada macam-macam jenis umpan boleh digunakan.
 Tetapi ada kalanya umpan tersebut diklasifikasikan mengikut spesis ikan.
 Ada juga umpan yang sejagat bagi sekelompok spesis ikan.
 Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut.
 Umpan adalah antara perkara perkara utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan kejayaan menaikkan ikan.
 Antara jenis umpan yg dianggap popular di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar.
 Pastikan umpan mencukupi bagi tempoh dan jumlah pemancing dalanm setiap ekspedisi memancing.
 Ada banyak teknik memancing dan teknik tersebut memerlukan kekili yang berbeza spesifikanya.
 Set untuk dasar seperti set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50.
 Model2 ini berupaya menyimpan tali utama sepanjang 250 meter keatas dengan diameter 0.35mm ke atas.
 Tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dengan tali sepanjang 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu.
 Jenama lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini.
 Sekarang ini, ramai pemancing laut dalam menggunakan kekili eletrik. Kekili ini sungguh menyeronokkan dan dapat meningkatkan tahap kepuasan memancing laut.
 Kepada yang berwawasan jauh anda boleh bersedia bila sampai masa untuk anda berjinak-jinak dengan kekili robotic.
 Aktiviti memancing memang bertujuan untuk mendapatkan ikan, dan dengan mengetahui pola waktu makan ikan yang tepat, kita dapat tentukan bila masa yang sesuai untuk melemparkan umpan.

No comments: